Trafik beli-belah dan jumlah pesanan Malaysia merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara semasa kempen beli-belah dalam talian '11.11 Singles Day' tahun ini, menurut platform pulangan tunai dalam talian, ShopBack Malaysia.
ShopBack Malaysia merekodkan pertumbuhan lebih 80 peratus tahun ini dari segi jualan bagi rakan kongsi e-dagangnya pada 11 Nov 2019, berbanding tahun lepas.
Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Eddy Han berkata pihaknya menganggarkan pengguna ShopBack Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk membeli-belah dalam talian pada Isnin.
"Perbelanjaan purata bagi setiap pengguna Malaysia adalah kira-kira RM217 manakala pengguna berbelanja paling banyak telah membuat pesanan bernilai RM30,000 dengan Lenovo melalui ShopBack.
"Pengguna itu dijangka menerima lebih RM4,500 dalam bentuk pulangan tunai dengan tawaran pulangan tunai sebanyak 14 peratus pada 11 Nov, 2019, selepas pesanannya disahkan oleh rakan kongsi e-dagang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata ShopBack telah mengkaji prestasi awal yang dikumpulkan daripada 13 juta pembeli serantau termasuk lebih dua juta di Malaysia.
Data yang dikumpulkan dari enam negara -- Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Taiwan -- menunjukkan Malaysia menduduki tempat pertama dari segi jumlah trafik beli-belah sama ada dari laman web atau aplikasi, diikuti Thailand dan Filipina.
Bagi Malaysia, trafik beli-belah dalam talian untuk 'Singles Day' tahun ini meningkat lebih 10 kali ganda daripada angka yang dicatatkan pada 2018.
Di peringkat serantau, kira-kira 90 peratus daripada trafik beli-belah disumbangkan menerusi aplikasi.
Selain itu dianggarkan 90 peratus trafik beli-belah Malaysia adalah menerusi aplikasi, Singapura (80 peratus), Filipina, Indonesia dan Thailand (kesemua 95 peratus) serta Taiwan (70 peratus).
ShopBack berkata pembeli Malaysia mencatatkan jumlah pesanan tertinggi pada Isnin-- secara purata, lebih 6,000 pengguna membuat sekurang-kurangnya satu pesanan melalui ShopBack Malaysia bagi setiap jam.
Angka itu adalah sekurang-kurangnya lima kali ganda berbanding hari biasa ShopBack bagi November dan tiga kali ganda berbanding pada 11 Nov tahun lepas.
Malaysia juga mendahului daripada segi membuat lebih 100 pesanan dalam tempoh seminit, diikuti Indonesia (lebih 90 pesanan dalam masa seminit) dan Thailand (lebih 80 pesanan dalam seminit).
Rakyat Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina membeli-belah sebaik sahaja waktu melepasi tengah malam, dengan tempoh membeli-belah paling popular adalah antara pukul 12 tengah malam sehingga 1 pagi -- didorong oleh baucar tengah malam eksklusif dan tawaran diskaun yang sebahagian besarnya dipopularkan oleh Taobao dan Lazada.
Sementara itu, pembeli Taiwan didapati paling aktif pada jam terakhir (11 malam hingga 12 tengah malam) dan majoriti pembeli talian Indonesia berbelanja antara pukul 10 malam hingga 11 malam, untuk memastikan mereka memuktamadkan pembelian sebelum festival beli-belah global itu berakhir.
Tiga platform dalam talian paling popular di Malaysia iaitu Lazada, Shopee dan Taobao, dengan ShopBack mendapati jumlah trafik beli-belah meningkat kira-kira empat hingga tujuh kali lebih tinggi bagi platform tersebut semalam berbanding hari biasa pada November.
Di peringkat rantau, Lazada dan Shopee muncul sebagai antara tiga platform paling utama bagi setiap negara.
"ShopBack Malaysia adalah yang pertama di Asia-Pasifik yang menyediakan pulangan tunai kepada pengguna e-dompet apabila mereka mengisi semula atau menggunakannya untuk membuat pembayaran.
"Kami percaya ini membantu meningkatkan trafik beli-belah kami dan penyumbang besar kepada jumlah pesanan ShopBack semalam," kata Han.
Pada masa ini, lebih dua juta pembeli melayari laman web atau aplikasi ShopBack sebelum mereka mula membeli-belah.
Pada 11 Nov, 2018 jualan bernilai RM11 juta telah dicatatkan melalui ShopBack Malaysia hanya dalam tempoh sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 12 2019
ShopBack berkata pembeli Malaysia mencatatkan jumlah pesanan tertinggi pada Isnin-- secara purata, lebih 6,000 pengguna membuat sekurang-kurangnya satu pesanan melalui ShopBack Malaysia bagi setiap jam. - Gambar hiasan
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
'11.11 Singles Day' catat trafik, transaksi paling tinggi
ShopBack Malaysia merekodkan pertumbuhan lebih 80 peratus tahun ini dari segi jualan bagi rakan kongsi e-dagangnya pada 11 Nov 2019, berbanding tahun lepas.